HASIL PEMBENTUKAN DUA RIBU TAHUN, MEMBAWA KEPADA KELAHIRAN DEEP SEA SIRI DEEP SEA, LAGENDA LAUTAN DALAM
Sejak tahun 1950an, ahli-ahli sains telah memberi perhatian yang serius kepada pelbagai bahan mineral yang terdapat dalam lautan dan telah menjalankan pelbagai penyelidikan secara mendalam tentang fungsi dan kegunaan air lautan dalam ini, mereka mengemukakan pandangan bahawa sungai, air terjun boleh digunakan untuk menjana kuasa elektrik, maka lautan pasti mempunyai penggunaan yang lebih besar lagi. Amerika Syarikat memulakan penyelidikan ini, seterusnya diikuti oleh Jepun, Korea danTaiwan. Syarikat kami merupakan syarikat pertama di Asia Tenggara yang menyelidik dan memasarkan air lautan dalam.
Setelah beberapa tahun menyelidik dan meneroka, keadaan yang paling menakjubkan ahli-ahli sains adalah sampel air dari 600 meter di bawah lautan, seakan-akan sama dengan air ketuban dalam kandungan ibu, di mana persamaannya adalah lebih kurang 98%! Sebagaimana kita ketahui, air ketuban adalah tempat permulaan hayat manusia, oleh itu, ianya menjadi sangat bernilai. Yang mengejutkan lagi ialah penemuan 80 jenis mineral yang diperlukan oleh manusia juga dijumpai di dalam air lautan dalam.
Dengan penemuan air lautan dalam ini, ia mula menjadi tumpuan yang penting dan juga diberikan gelaran "emas biru" kepadanya. Ia merupakan industri emas biru pada abad ke 21 ini, dan setaraf dengan emas berlian dan petrol (emas hitam).
Fetus membesar dengan sihat, kunci paling utama adalah 80 jenis mineral di dalam air ketuban memainkan peranan yang amat penting. Manusia boleh hidup dengan ceria, jelita, sihat, 80 jenis mineral tidak boleh diabaikan. Tetapi, makanan kini, tidak dapat membekalkan kesemua 80 jenis mineral yang lengkap kepada badan kita, oleh itu, air lautan dalam merupakan sumber yang tunggal.
Hari ini, kegunaan air lautan dalam bermula dari menjana kuasa elektrik, telah diluaskan ke bidang makanan, minuman, kesihatan, penjagaan kulit, perubatan dan sebagainya.
Penyakit disebabkan kekurangan mineral (sebahagian mineral) :
Kekurangan Kalsium : osteoartiritis, tekanan darah tinggi, insomnia, osteoporosis, kolesterol tinggi, kanser, gusi gigi mengecut, sindrom prahaid.
Kekurangan Zat Besi : anemia, usus berdarah, ulser, letih, pening, sakit kepala, insomnia, obesiti, pengecutan sel darah merah.
Kekurangan Magnesium : tekanan darah rendah, kurang berat badan, insomnia, penyakit jantung, masalah fungsi paru-paru.
Kekurangan Kalium : masalah denyutan jantung, sembelit, otot tidak berdaya, tekanan darah rendah, masalah sistem saraf, penginfarkan miokardium.
Kekurangan Selenium : katarak, daya ketahanan rendah, sirosis, kekurangan sperma, penyakit jantung, kanser.
Kekurangan zink : kemandulan, hypersomnia, ketidaksuburan, kecelaruan bipolar, keguguran rambut, sumbing, sindrom Down, kecacatan bayi.
Setiap titik Deep Sea adalah intipati lautan yang semulajadi dan tulen. Dilombong dari 600 meter bawah paras laut, air yang berusia lebih dari dua ribu tahun, kaya dengan mineral, menggunakan teknologi paling moden untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dan garam, mengekalkan bahan mineral yang paling bernilai dan jarang ditemui, pemprosesan tercanggih menghasilkan air yang terbaik.
No comments:
Post a Comment